DamiaCanRead

Icon

my baby my priority

10 Perkara Perlu Ajar Anak Sebelum Umur 10 tahun -Bhgn 2

..sambungan dari bahagian 1

1. Membaca & Menulis (reading & writing)

Membaca adalah suatu kemahiran asas yang sangat penting dan perlu dikuasai anak-anak menjelang usia 10 tahun.

Persoalan yang biasa ditanya ialah pada umur berapa harus anak-anak mula diajar membaca? Menurut pendapat penulis tersebut, sebahagian kecil kanak-kanak mula belajar membaca pada usia 4 namun namun kebanyakannya ialah pada usia 5 atau 6. Walau bagaimanapun, usia mula belajar membaca tidak semestinya menjadi ukuran pencapaiannya dalam akademik di kemudian hari.

Berkenaan tentang isu umur ini, saya lihat ramai ibu bapa hari ini yang aggresif dalam hal pendidikan anak-anak. Ramai mula menghantar anak-anak belajar membaca pada usia yang sangat muda seawal 3 tahun. Mungkin itulah gaya hidup hari ini. Seperti saya sendiri, anak-anak terpaksa diserahkan jagaan kepada pihak lain kerana terpaksa keluar bekerja (sedihnya tulis ayat ni :( huhuhu). Saya fikir, dari masa anak terbuang begitu sahaja (kerana tak pasti apa aktiviti dia di rumah babysitter) elok saya keluar duit lebih sikit lagi hantar ke playschool untuk pastikan masa anak saya bermanfaat dan ada aktiviti sesuai untuknya. Sama juga, bukan saya ada bersama dia.. huhuhu

Saya biasa ke kedai buku pada hujung minggu dan melihat anak-anak  kecil ini begitu seronok memegang dan membaca buku dengan lantang! hahaha. Beruntung sungguh mereka punya ibu bapa yang berkesedaran dan sanggup berhabis masa dan wang ringgit demi minda dan pengisian anak-anak ;) “Rich people has big library. Poor People has big TV”, pernah dengar kiasan ini? Jom fikirkan.

Seterusnya orang bertanya lagi, macam mana nak ajar membaca?

Dalam artikel tersebut, penulis menceritakan pengalamannya yang telah mencuba beberapa kaedah untuk mengajar anaknya membaca. Namun dia sangat-sangat mengesyorkan agar kita menggunakan kurikulum dan kaedah ‘intensive phonics’. Dari pemahaman saya, kaedah phonic ini lebih kepada belajar english, spanish, etc. Saya kurang pasti apakah kaedah ini juga sesuai digunakan untuk mengajar bahasa Melayu, bahasa Arab atau bahasa-bahasa yang biasa dengan kita. Namun oleh kerana entry ini adalah berkenaan artikel sang penulis tersebut, maka anggap saja kita sedang mahu ajar anak baca bahasa inggeris okay ;)

Phonics

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, di sini perlu kita jelas terlebih dahulu tentang apa itu phonic. Ini yang saya jumpa dari wikipedia; Phonics refers to a method for teaching speakers of English to read and write that language. Phonics involves teaching how to connect the sounds of spoken English with letters or groups of letters (e.g., that the sound /k/ can be represented by c, k, ck or ch spellings) and teaching them to blend the sounds of letters together to produce approximate pronunciations of unknown words.”

Macam mana kita nak ajar anak membaca guna kaedah phonic kalau kita sendiri pun baru pertama kali dengar istilah itu? Hahaha. Jadi, kita kena ajar diri kita dulu, baru ajar anak ;) Penulis tu cakap kaedah phonic ni kalau baru kenal memang nampak macam susah dan banyak sangat peraturannya TETAPI sebenarnya senang saja. Anda dah hilang semangat nak belajar phonics?? Haish, macam mana nak ajar anak nanti ;) Jangan mudah mengalah, cuba ye. Untung tau, nanti kita pun boleh tingkatkan kemampuan berbahasa inggeris kita sendiri ;) Saya pun baru nak mula ni! Tiada istilah ‘sudah terlambat’ dalam hal nak menuntut ilmu tau.

Buku nota/skrap bahasa (Language Notebook)

Setelah kita mula ajar anak membaca, bolehlah kita mulakan juga ajar menulis kerana keduanya saling memerlukan.

Anak-anak perlu ada buku nota/skrap mereka, khusus untuk belajar membaca dan menulis. Seeloknya biarlah helaian kertas kajang (tiada garisan, kosong) dan gunakan fail atau pengikat yang mudah dibuka-tutup supaya kita boleh keluarkan atau masukkan isi kandungannya. Buku nota ini adalah sebagai tambahan agar anak-anak lebih kenal dan faham apa yang telah mereka baca. Kita tuliskan abjad besar-besar dalam buku tu. Kemudian kita boleh gunting dan tampal ‘Apple’ atau ‘Anggur’ di halaman “A”, ‘Button’ atau ‘Burung’ di halaman “B” dan seterusnya. Terserah kepada kreativiti kita sendiri bagaimana hendak membuatnya. Anak-anak yang baru mula belajar menulis juga boleh hias buku nota mereka ini dengan ‘contengan’ mereka yang ‘abstrak’ itu. ;p Tapi mereka kena lah juga sambil-sambil conteng tu menulis ABC ye ;p

Oh ya, oleh kerana kita sendiri pun baru nak belajar phonics, maka ibu-ibu pun kena ada juga buku nota ini ye ;) hihihi

Menyalin naskhah (Copywork)

Setelah bekerja keras (ibu) dan berseronok (anak) berkenalan dengan abjad (ketika ini mungkin buku nota/skrap book tadi dah penuh dan tebal!), kita bolehlah mula dengan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti menyalin/copywork. Kita boleh mulakan aktiviti ini bila kita lihat anak sudah boleh menulis dengan lancar.

Menyalin (saya tak mahu guna perkataan meniru, bunyi macam negatif sangat, heheh) adalah satu cara yang sangat baik untuk berlatih menulis, meningkatkan penguasaan phonics, memperkenalkan anak-anak dengan tatabahasa dan contoh ayat yang baik, juga sebagai asas kepada anak-anak untuk menulis secara kreatif di masa depan.

Apa yang anak-anak kita kena salin? Di sinilah kita perlu bijak dan selektif. Sebaiknya pilihlah hasil penulisan yang baik. Kalau orang Kristian memilih Injil, maka saya suka cadangkan kita mulakan yang pertama sekali dengan menyalin terjemahan surah-surah di dalam kitab suci Al-Quraan. Selain itu, turut dicadangkan ialah menyalin puisi, kata-kata hikmah, kisah-kisah nabi, hikayat sastera melayu dan inggeris, ucapan orang-orang termasyhur dan lain-lain mengikut kesesuaian umur dan prestasi anak.

Sebelum beri anak baca atau salin sesuatu, penting untuk kita baca dahulu bahan tersebut untuk pastikan ianya hasil tulisan yang baik samada dari sudut kandungan mahupun teknik penulisan dan tatabahasanya.

Anak-anak boleh menulis di dalam buku nota bahasa tadi atau boleh juga buka buku khas untuk aktiviti menyalin sahaja.

Dalam mengajar anak-anak membaca dan menulis ini, saya sangat insaf dengan pandangan sang penulis yang dengan tegas membidas orang yang tidak suka membaca.  Pada pandangannya, orang yang lebih suka menghabiskan masa lapang menonton tv dan filem, bermain video dan computer  game, atau yang menghabiskan masa mencari hiburan tidak akan mampu berfikir secara kritis. Hal ini turut ditulis dalam dua buah buku oleh Jane Healy,  Endangered Minds: Why Children Don’t Think and What We Can Do About It dan Failure to Connect: How Computers Affect Our Children’s Minds for Better and Worse.

Jadi, sebagai ibu bapa marilah kitajadikan membaca suatu budaya di rumah. “For one who is truly taught to think, thinking becomes his way of life”.

Terpulang kepada kita untuk bersetuju (kena batang hidung saya!) atau benci kepada pendapat di atas, namun sudah terang lagi bersuluh bahawa membaca itu jendela ilmu.

Bagi orang-orang Islam, ingatkanlah kembali wahyu yang pertama “Bacalah…” – Al-’Alaq.

bersambung..

Tirokwifey


Original article by Laurie and Harvey Bluedorn. Read original article here.

Filed under: Early Child Education, Posted in Bahasa Melayu, Series, , , , , , , , ,

One Response

  1. amie halawatie says:

    Anak saya 6 years. Dah blh membaca but kalau kita suruh lebih skit dia malas :(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Welcome and Greetings!

Hi. I'm Damia ;)

Sponsored Link

Buy StormReaders Parenting Books and More

StormReaders Online Book Store

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: