DamiaCanRead

Icon

my baby my priority

10 Perkara Perlu Ajar Anak Sebelum Umur 10 tahun – Bhgn 3

… sambungan dari bahagian 2

2. Bercerita secara lisan (oral narration)

Aktiviti ini dilakukan dengan cara ibu bapa terlebih dahulu membacakan suatu petikan (cerita atau apa saja) kepada anak-anak, atau boleh juga anak-anak membacanya sendiri, dan selepas itu anak-anak perlu menceritakan semula apa yang telah diperdengarkan tadi menggunakan ayat mereka sendiri. Macam suatu permainan kan? Menarik bunyinyaπŸ™‚

Fungsi aktiviti ini, ialah:

– anak-anak dapat berlatih kemahiran mendengar, mengingat dan menyampaikan semula

– mengenalpasti tahap pemahaman anak-anak terhadap apa yang mereka dengar atau baca

– lisan dapat membina dan menajamkan keupayaan minda. Seperti berlari di taman mencergaskan tubuh, begitu juga bermain ‘ingat-ingat’ dapat mencerdaskan akal/minda

Aktiviti ini banyak membantu membina stamina mental anak kerana dalam proses menceritakan semula secara lisan itu minda anak-anak dicabar dengan pelbagai persoalan dan pilihan bagaimana untuk menyampaikan versi cerita mereka. Anak-anak juga dapat meluaskan perbendaharaan kata merekaΒ  di samping belajar selok belok penceritaan yang baik melalui gaya bahasa penulis asal petikan yang mereka baca tadi (dengan syarat kita pilih petikan yang baik lahπŸ˜‰ )

Ketika melakukan aktiviti ini, pastikan kita tidak biarkan anak-anak kita jadi pendengar/pemerhati yang pasif. Dengar dan dengar sahaja, dengan dengar dan faham adalah dua perkara yang berbeza. Kerap bertanyakan soalan tentang apa yang kita telah bacakan tadi. Untuk lebih cabar daya berfikir anak, boleh juga minta dia sebutkan apa nilai-nilai moral dari cerita tersebut.

Inilah bezanya belajar berguru daripada belajar dengan mesin (komputer atau tv). Ada interaksi dan tindakbalas.

3. Mengingat/menghafal

Hampir kesemua 10 perkara yang dinyatakan dalam artikel ini saling berkait rapat antara satu sama lain.

Dalam menajamkan memori anak-anak, kita perlu latih mereka untuk mengingat/menghafal. Kita boleh mula dengan pertama sekali buat senarai perkara-perkara yang kita rasa penting untuk anak-anak kita ingat. Bagi muslim, antara yang tidak boleh tidak ialah perkara berkaitan ibadah seperti surah Al-Fatihah (wajib!) dan surah-surah lazim (saya cadangkan kita pastikan anak-anak hafal terjemahannya juga), puisi kanak-kanak, cerita-cerita rakyat,Β  dan semakin mereka matang kita boleh tambah senarai kepada fakta-fakta yang lebih berat seperti tarikh penting dan sebagainya.

Kita boleh buat satu sesi hafazan umum seperti anak-anak menghafaz di khalayak adik-adik dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung ini akan jadi suatu persaingan yang sihat dikalangan anak-anak dan mereka juga terlatih untuk berani berhujah di khalayak ramai.

4. Mendengar

Dalam artikel asal, perkara ke 4 ini ditulis sebagai ‘hearing and listening’. Ada beza tau, cari lah sendiri bezanya yeπŸ˜‰

Aktiviti mendengar ini kalau kita lihat sebenarnya adalah sebahagian dari aktiviti ke 2 iaitu kita baca petikan kepada anak, dengan intonasi dan suara yang jelas (bukan jerit tau, hihihi). Bila kita baca, sebut setiap patah perkataan itu dengan sebutan yang betul dan keseluruhan cerita dengan intonasi yang sesuai (supaya anak-anak seronok mendengarnya).

Melalui pendengarannya, anak-anak dapat belajar bunyi sebutan yang betul, meningkatkan perbendaharaan kata dan paling bagus membina imaginasi mereka. Usah terhadkan petikan kita sebaliknya pelbagaikan dengan sastera, biografi, sejarah, sains, geografi, seni, muzik dan sebagainya.

Bezanya aktiviti ini dengan aktiviti ke 2 ialah kita boleh lakukannya secara santai tanpa perlu anak-anak duduk diam sahaja di sebelah kita. Kita boleh duduk di sofa dan membaca dengan kuat dan jelas sambil anak-anak buat kerja masing-masing (tapi kena senyap lah).

Saya sudah beberapa kali buat aktiviti ini dengan Damia dan hasilnya agak menyeronokkan. Sedang anaknda saya tu sibuk ‘kemas’ perpustakaan kecilnya, saya akan mula bacakan buku cerita kuat-kuat. Damia serta merta teralih perhatian, dan terus datang merangkak laju-laju sibuk nak pegang buku dan nak baca juga. Hahaha.

Mula-mula dulu,nak tunjuk kat Damia saya sedang membaca, saya kena baca sambil beriya-iya berlakon tunjuk setiap perkataan yang saya baca tu dengan jari (macam kita mengaji). Wajah pun saya buat bermacam memek muka siap dengan gerak tangan lagi. Kalau tidak, dia ingat saya pegang saja-saja buku itu. Sekarang, bila saya pegang buku dan baca kuat, dia tahu lah apa saya sedang buatπŸ˜‰ Seronok betul bila anak mula faham.

Dulu, Damia suka sangat koyak buku dan majalah dan lepas tu masuk mulut, kunyah. Sekarang, selepas beberapa kali tunjuk kat dia aksi membaca buku, dia dah tak koyak lagi. Kini bila dapat buku, Damia akan selak sehelai-sehelai sambil mulutnya keluarkan bunyi buat lagak orang membaca. Hahaha ;p Seronoknya!

bersambung..

Tirokwifey..

Original article by Laurie and Harvey Bluedorn. Read original article here.


Filed under: Early Child Education, Posted in Bahasa Melayu, Series, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Welcome and Greetings!

Hi. I'm Damia ;)

Sponsored Link

Buy StormReaders Parenting Books and More

StormReaders Online Book Store

%d bloggers like this: