DamiaCanRead

Icon

my baby my priority

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Seronok sungguh hujung minggu saya yang lepas. Saya akhirnya berjaya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 2010 di PWTC. Hahaha.. tau tak saya sebenarnya dah sampai ke sana 19 Febuari yang lalu kerana tersilap tarikh! Mujur terawal, bukan terlepas!

Saya memang ternanti-nanti nak pergi pesta buku ni. Hajat di hati nak tambah koleksi mini library anaknda ku Damia. Memang tak sia-sia kunjungan ke pesta buku ni. Macam-macam jenis bahan ilmiah boleh dijumpai.. program pandai membaca bahasa inggeris, bahasa melayu, bahasa arab.. semua ada. Bukan itu saja, bahan-bahan ilmiah untuk anak-anak pelbagai peringkat umur dalam bentuk carta, CD, VCD, interactive program, permainan semua ada. Hish.. pendek kata rugi sangat lah kalau tak pergi. Bukan sahaja banyak pilihan, harga pun murah-murah berbanding biasa tau.

Pada anda yang tak tahu pun tentang pesta buku ni (ish ish ish..) haaa.. jangan lepaskan peluang terakhir anda. Acara berlangsung 19-28 Mac, 2010. Jangan lupa untuk muat turun pelan gerai/booth.. rancang lawatan anda sebab ada banyak gerai dan banyak dewan pameran.

Selamat berpesta buku!

Ibu Damia

Maklumat lanjut lawati www.kualalumpurbookfair.com

Filed under: Event & Happening, , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Welcome and Greetings!

Hi. I'm Damia ;)

Sponsored Link

Buy StormReaders Parenting Books and More

StormReaders Online Book Store

%d bloggers like this: