DamiaCanRead

Icon

my baby my priority

10 Perkara Perlu Ajar Anak Sebelum Umur 10 tahun – Bhgn 3

… sambungan dari bahagian 2

2. Bercerita secara lisan (oral narration)

Aktiviti ini dilakukan dengan cara ibu bapa terlebih dahulu membacakan suatu petikan (cerita atau apa saja) kepada anak-anak, atau boleh juga anak-anak membacanya sendiri, dan selepas itu anak-anak perlu menceritakan semula apa yang telah diperdengarkan tadi menggunakan ayat mereka sendiri. Macam suatu permainan kan? Menarik bunyinya 🙂

Fungsi aktiviti ini, ialah:

– anak-anak dapat berlatih kemahiran mendengar, mengingat dan menyampaikan semula

– mengenalpasti tahap pemahaman anak-anak terhadap apa yang mereka dengar atau baca

– lisan dapat membina dan menajamkan keupayaan minda. Seperti berlari di taman mencergaskan tubuh, begitu juga bermain ‘ingat-ingat’ dapat mencerdaskan akal/minda

Aktiviti ini banyak membantu membina stamina mental anak kerana dalam proses menceritakan semula secara lisan itu minda anak-anak dicabar dengan pelbagai persoalan dan pilihan bagaimana untuk menyampaikan versi cerita mereka. Anak-anak juga dapat meluaskan perbendaharaan kata mereka  di samping belajar selok belok penceritaan yang baik melalui gaya bahasa penulis asal petikan yang mereka baca tadi (dengan syarat kita pilih petikan yang baik lah 😉 )

Ketika melakukan aktiviti ini, pastikan kita tidak biarkan anak-anak kita jadi pendengar/pemerhati yang pasif. Dengar dan dengar sahaja, dengan dengar dan faham adalah dua perkara yang berbeza. Kerap bertanyakan soalan tentang apa yang kita telah bacakan tadi. Untuk lebih cabar daya berfikir anak, boleh juga minta dia sebutkan apa nilai-nilai moral dari cerita tersebut.

Inilah bezanya belajar berguru daripada belajar dengan mesin (komputer atau tv). Ada interaksi dan tindakbalas.

3. Mengingat/menghafal

Hampir kesemua 10 perkara yang dinyatakan dalam artikel ini saling berkait rapat antara satu sama lain.

Dalam menajamkan memori anak-anak, kita perlu latih mereka untuk mengingat/menghafal. Kita boleh mula dengan pertama sekali buat senarai perkara-perkara yang kita rasa penting untuk anak-anak kita ingat. Bagi muslim, antara yang tidak boleh tidak ialah perkara berkaitan ibadah seperti surah Al-Fatihah (wajib!) dan surah-surah lazim (saya cadangkan kita pastikan anak-anak hafal terjemahannya juga), puisi kanak-kanak, cerita-cerita rakyat,  dan semakin mereka matang kita boleh tambah senarai kepada fakta-fakta yang lebih berat seperti tarikh penting dan sebagainya.

Kita boleh buat satu sesi hafazan umum seperti anak-anak menghafaz di khalayak adik-adik dan ahli keluarga yang lain. Secara tidak langsung ini akan jadi suatu persaingan yang sihat dikalangan anak-anak dan mereka juga terlatih untuk berani berhujah di khalayak ramai.

4. Mendengar

Dalam artikel asal, perkara ke 4 ini ditulis sebagai ‘hearing and listening’. Ada beza tau, cari lah sendiri bezanya ye 😉

Aktiviti mendengar ini kalau kita lihat sebenarnya adalah sebahagian dari aktiviti ke 2 iaitu kita baca petikan kepada anak, dengan intonasi dan suara yang jelas (bukan jerit tau, hihihi). Bila kita baca, sebut setiap patah perkataan itu dengan sebutan yang betul dan keseluruhan cerita dengan intonasi yang sesuai (supaya anak-anak seronok mendengarnya).

Melalui pendengarannya, anak-anak dapat belajar bunyi sebutan yang betul, meningkatkan perbendaharaan kata dan paling bagus membina imaginasi mereka. Usah terhadkan petikan kita sebaliknya pelbagaikan dengan sastera, biografi, sejarah, sains, geografi, seni, muzik dan sebagainya.

Bezanya aktiviti ini dengan aktiviti ke 2 ialah kita boleh lakukannya secara santai tanpa perlu anak-anak duduk diam sahaja di sebelah kita. Kita boleh duduk di sofa dan membaca dengan kuat dan jelas sambil anak-anak buat kerja masing-masing (tapi kena senyap lah).

Saya sudah beberapa kali buat aktiviti ini dengan Damia dan hasilnya agak menyeronokkan. Sedang anaknda saya tu sibuk ‘kemas’ perpustakaan kecilnya, saya akan mula bacakan buku cerita kuat-kuat. Damia serta merta teralih perhatian, dan terus datang merangkak laju-laju sibuk nak pegang buku dan nak baca juga. Hahaha.

Mula-mula dulu,nak tunjuk kat Damia saya sedang membaca, saya kena baca sambil beriya-iya berlakon tunjuk setiap perkataan yang saya baca tu dengan jari (macam kita mengaji). Wajah pun saya buat bermacam memek muka siap dengan gerak tangan lagi. Kalau tidak, dia ingat saya pegang saja-saja buku itu. Sekarang, bila saya pegang buku dan baca kuat, dia tahu lah apa saya sedang buat 😉 Seronok betul bila anak mula faham.

Dulu, Damia suka sangat koyak buku dan majalah dan lepas tu masuk mulut, kunyah. Sekarang, selepas beberapa kali tunjuk kat dia aksi membaca buku, dia dah tak koyak lagi. Kini bila dapat buku, Damia akan selak sehelai-sehelai sambil mulutnya keluarkan bunyi buat lagak orang membaca. Hahaha ;p Seronoknya!

bersambung..

Tirokwifey..

Original article by Laurie and Harvey Bluedorn. Read original article here.


Advertisements

Filed under: Early Child Education, Posted in Bahasa Melayu, Series, , , , , , , , ,

10 Perkara Perlu Ajar Anak Sebelum Umur 10 tahun -Bhgn 2

..sambungan dari bahagian 1

1. Membaca & Menulis (reading & writing)

Membaca adalah suatu kemahiran asas yang sangat penting dan perlu dikuasai anak-anak menjelang usia 10 tahun.

Persoalan yang biasa ditanya ialah pada umur berapa harus anak-anak mula diajar membaca? Menurut pendapat penulis tersebut, sebahagian kecil kanak-kanak mula belajar membaca pada usia 4 namun namun kebanyakannya ialah pada usia 5 atau 6. Walau bagaimanapun, usia mula belajar membaca tidak semestinya menjadi ukuran pencapaiannya dalam akademik di kemudian hari.

Berkenaan tentang isu umur ini, saya lihat ramai ibu bapa hari ini yang aggresif dalam hal pendidikan anak-anak. Ramai mula menghantar anak-anak belajar membaca pada usia yang sangat muda seawal 3 tahun. Mungkin itulah gaya hidup hari ini. Seperti saya sendiri, anak-anak terpaksa diserahkan jagaan kepada pihak lain kerana terpaksa keluar bekerja (sedihnya tulis ayat ni 😦 huhuhu). Saya fikir, dari masa anak terbuang begitu sahaja (kerana tak pasti apa aktiviti dia di rumah babysitter) elok saya keluar duit lebih sikit lagi hantar ke playschool untuk pastikan masa anak saya bermanfaat dan ada aktiviti sesuai untuknya. Sama juga, bukan saya ada bersama dia.. huhuhu

Saya biasa ke kedai buku pada hujung minggu dan melihat anak-anak  kecil ini begitu seronok memegang dan membaca buku dengan lantang! hahaha. Beruntung sungguh mereka punya ibu bapa yang berkesedaran dan sanggup berhabis masa dan wang ringgit demi minda dan pengisian anak-anak 😉 “Rich people has big library. Poor People has big TV”, pernah dengar kiasan ini? Jom fikirkan.

Seterusnya orang bertanya lagi, macam mana nak ajar membaca?

Dalam artikel tersebut, penulis menceritakan pengalamannya yang telah mencuba beberapa kaedah untuk mengajar anaknya membaca. Namun dia sangat-sangat mengesyorkan agar kita menggunakan kurikulum dan kaedah ‘intensive phonics’. Dari pemahaman saya, kaedah phonic ini lebih kepada belajar english, spanish, etc. Saya kurang pasti apakah kaedah ini juga sesuai digunakan untuk mengajar bahasa Melayu, bahasa Arab atau bahasa-bahasa yang biasa dengan kita. Namun oleh kerana entry ini adalah berkenaan artikel sang penulis tersebut, maka anggap saja kita sedang mahu ajar anak baca bahasa inggeris okay 😉

Phonics

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, di sini perlu kita jelas terlebih dahulu tentang apa itu phonic. Ini yang saya jumpa dari wikipedia; Phonics refers to a method for teaching speakers of English to read and write that language. Phonics involves teaching how to connect the sounds of spoken English with letters or groups of letters (e.g., that the sound /k/ can be represented by c, k, ck or ch spellings) and teaching them to blend the sounds of letters together to produce approximate pronunciations of unknown words.”

Macam mana kita nak ajar anak membaca guna kaedah phonic kalau kita sendiri pun baru pertama kali dengar istilah itu? Hahaha. Jadi, kita kena ajar diri kita dulu, baru ajar anak 😉 Penulis tu cakap kaedah phonic ni kalau baru kenal memang nampak macam susah dan banyak sangat peraturannya TETAPI sebenarnya senang saja. Anda dah hilang semangat nak belajar phonics?? Haish, macam mana nak ajar anak nanti 😉 Jangan mudah mengalah, cuba ye. Untung tau, nanti kita pun boleh tingkatkan kemampuan berbahasa inggeris kita sendiri 😉 Saya pun baru nak mula ni! Tiada istilah ‘sudah terlambat’ dalam hal nak menuntut ilmu tau.

Buku nota/skrap bahasa (Language Notebook)

Setelah kita mula ajar anak membaca, bolehlah kita mulakan juga ajar menulis kerana keduanya saling memerlukan.

Anak-anak perlu ada buku nota/skrap mereka, khusus untuk belajar membaca dan menulis. Seeloknya biarlah helaian kertas kajang (tiada garisan, kosong) dan gunakan fail atau pengikat yang mudah dibuka-tutup supaya kita boleh keluarkan atau masukkan isi kandungannya. Buku nota ini adalah sebagai tambahan agar anak-anak lebih kenal dan faham apa yang telah mereka baca. Kita tuliskan abjad besar-besar dalam buku tu. Kemudian kita boleh gunting dan tampal ‘Apple’ atau ‘Anggur’ di halaman “A”, ‘Button’ atau ‘Burung’ di halaman “B” dan seterusnya. Terserah kepada kreativiti kita sendiri bagaimana hendak membuatnya. Anak-anak yang baru mula belajar menulis juga boleh hias buku nota mereka ini dengan ‘contengan’ mereka yang ‘abstrak’ itu. ;p Tapi mereka kena lah juga sambil-sambil conteng tu menulis ABC ye ;p

Oh ya, oleh kerana kita sendiri pun baru nak belajar phonics, maka ibu-ibu pun kena ada juga buku nota ini ye 😉 hihihi

Menyalin naskhah (Copywork)

Setelah bekerja keras (ibu) dan berseronok (anak) berkenalan dengan abjad (ketika ini mungkin buku nota/skrap book tadi dah penuh dan tebal!), kita bolehlah mula dengan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti menyalin/copywork. Kita boleh mulakan aktiviti ini bila kita lihat anak sudah boleh menulis dengan lancar.

Menyalin (saya tak mahu guna perkataan meniru, bunyi macam negatif sangat, heheh) adalah satu cara yang sangat baik untuk berlatih menulis, meningkatkan penguasaan phonics, memperkenalkan anak-anak dengan tatabahasa dan contoh ayat yang baik, juga sebagai asas kepada anak-anak untuk menulis secara kreatif di masa depan.

Apa yang anak-anak kita kena salin? Di sinilah kita perlu bijak dan selektif. Sebaiknya pilihlah hasil penulisan yang baik. Kalau orang Kristian memilih Injil, maka saya suka cadangkan kita mulakan yang pertama sekali dengan menyalin terjemahan surah-surah di dalam kitab suci Al-Quraan. Selain itu, turut dicadangkan ialah menyalin puisi, kata-kata hikmah, kisah-kisah nabi, hikayat sastera melayu dan inggeris, ucapan orang-orang termasyhur dan lain-lain mengikut kesesuaian umur dan prestasi anak.

Sebelum beri anak baca atau salin sesuatu, penting untuk kita baca dahulu bahan tersebut untuk pastikan ianya hasil tulisan yang baik samada dari sudut kandungan mahupun teknik penulisan dan tatabahasanya.

Anak-anak boleh menulis di dalam buku nota bahasa tadi atau boleh juga buka buku khas untuk aktiviti menyalin sahaja.

Dalam mengajar anak-anak membaca dan menulis ini, saya sangat insaf dengan pandangan sang penulis yang dengan tegas membidas orang yang tidak suka membaca.  Pada pandangannya, orang yang lebih suka menghabiskan masa lapang menonton tv dan filem, bermain video dan computer  game, atau yang menghabiskan masa mencari hiburan tidak akan mampu berfikir secara kritis. Hal ini turut ditulis dalam dua buah buku oleh Jane Healy,  Endangered Minds: Why Children Don’t Think and What We Can Do About It dan Failure to Connect: How Computers Affect Our Children’s Minds for Better and Worse.

Jadi, sebagai ibu bapa marilah kitajadikan membaca suatu budaya di rumah. “For one who is truly taught to think, thinking becomes his way of life”.

Terpulang kepada kita untuk bersetuju (kena batang hidung saya!) atau benci kepada pendapat di atas, namun sudah terang lagi bersuluh bahawa membaca itu jendela ilmu.

Bagi orang-orang Islam, ingatkanlah kembali wahyu yang pertama “Bacalah…” – Al-‘Alaq.

bersambung..

Tirokwifey


Original article by Laurie and Harvey Bluedorn. Read original article here.

Filed under: Early Child Education, Posted in Bahasa Melayu, Series, , , , , , , , ,

10 Perkara Perlu Ajar Anak Sebelum Umur 10 tahun – Bhgn 1

Salam and greetings semua 😉

Kita tangguh dulu update tentang perkembangan Damia di Raniya (lagipun baru nak masuk 2 minggu, terlalu awal untuk komen banyak heheh). Pada entry kali ini, saya nak berkongsi satu artikel bermanfaat yang saya baca di internet. Artikel ini menekankan tentang 10 perkara-perkara asas yang mesti kita ajar, mesti didik dan mesti tanam dalam diri setiap anak-anak sebelum mereka capai umur 10 tahun.

Anak-anak di bawah umur 10 tahun belajar sesuatu dengan bergantung kepada pengalaman deria mereka seperti apa yang mereka lihat, dengar, rasa, hidu etc. Bila mereka berumur sekitar 10 tahun, anak-anak mula masuk ke peringkat yang tinggi sedikit di mana otak, atau lebih tepat akal mereka, sudah mampu mengaitkan sesuatu secara lebih kompleks seperti di antaranya boleh berfikir secara abstrak dan  sudah mampu mengawal dan mengurus diri sendiri.

Sebelum anak-anak mencapai umur 10 tahun, kita perlulah menyiapkan anak-anak dengan asas yang kukuh. Untuk menyediakan asas yang kukuh ni, kita kena latih minda mereka. Pada tahap usia yang sangat awal ini adalah masa untuk kita menanamkan kepercayaan dan rasa hormat  anak-anak kepada Tuhan, hormat kepada ibu dan ayah, membina kemampuan berbahasa, ajar anak supaya suka belajar, meningkatkan daya mengingat, menggalakkan kreativiti dan juga menanamkan sikap suka kepada kerja sukarela dan khidmat masyarakat. Ini adalah beberapa perkara yang akan dapat menanamkan asas yang kukuh sebagai persediaan untuk pendidikan akademik yang lebih formal di kemudian hari. Akademik haruslah dibina di atas asas moral yang kukuh.

Atas sebab di atas, artikel tersebut berpendapat bahawa tidak berapa efisyen untuk mula bagi pendidikan berbentuk akademik  (istilah digunakan ”force feeding academic studies’) kepada anak-anak yang belum berumur 10 tahun  kerana tidak akan mencapai apa yang kita harapkan anak kita akan dapat belajar dan lebih teruk ditakuti mungkin bawa kesan buruk. Mengapa? Ini berkaitan dengan konsep asas yang perlu terlebih dahulu ditanamkan, tadi. Sila teruskan membaca.

Bila saya renungkan, saya rasa betul juga. Apa lagi pada zaman ini, jati diri, keteguhan agama dan moral amat penting untuk kita menilai dan memilih tentang setiap perkara yang dihadapkan kepada kita. Dunia hari ini terlalu kompleks, tiada sempadan dan kita dihidangkan dengan bermacam-macam pendapat, pandangan, pendirian, ajaran, doktrin yang dicipta oleh manusia dari bermacam-macam latarbelakang. Bayangkan anak-anak kita yang muda dan mentah diajarkan sesuatu yang baru, alangkah bahaya jika anak-anak kita tiada asas untuk membezakan dan memilih yang baik dari yang buruk, yang betul dari salah berdasarkan acuan dan perspektif yang bertepatan dengan agama dan kepercayaan kita!

Kalau asas yang dibina tadi kukuh, anak-anak kita akan memproses setiap maklumat yang diberi padanya berdasarkan standard atau garis panduan yang telah kita setkan. Contohnya, dari kecil kita ajar anak bahawa mengambil barang orang lain tanpa kebenaran itu salah, tentu anak kita akan selalu ingat untuk  minta izin terlebih dahulu kalau mahu ambil barang yang bukan miliknya. Jika tidak, tentu saja dia sesuka hati buat harta kawan-kawan macam harta sendiri. Bayangkan kalau asasnya lemah, bangunan yang dibina di atasnya tentu senget dan condong. Bila-bila masa sahaja boleh rebah dan hancur. Oh tidak, jangan benarkan itu berlaku kepada anak-anak kita.

Ada 10 perkara penting yang mesti kita buat bersama dan ajar anak-anak kita sebelum mereka mencapai peringkat umur 10 tahun.

1. Membaca & Menulis (reading & writing)

2. Bercerita secara Lisan (oral narration)

3. Mengingat/menghafal (memorization)

4. Mendengar (hearing and listening)

5. Menunaikan ibadah/pendidikan agama

6. Seni dan Kraf (arts and craft)

7. Lawatan Luar & Perpustakaan (Field Trips & Library)

8. Kerja Amal (Work & Service)

9. Disiplin

10. Bermain & Meneroka (Play & Exploration)

.. bersambung

Tirokwifey


Original article by Laurie and Harvey Bluedorn. Read original article here.

Filed under: Early Child Education, Posted in Bahasa Melayu, Series, , , , , , , ,

Welcome and Greetings!

Hi. I'm Damia ;)

Sponsored Link

Buy StormReaders Parenting Books and More

StormReaders Online Book Store

  • 10,321 hits